SONG

Wednesday, 19 November 2014

' AKU BERJUANG KERANA ALLAH , BUKAN KERANA UMAR '

KHALID AL WALID ( PEDANG ALLAH )


Saidina Khalid Al Walid merupakan seorang tokoh hebat dalam peperangan dan telah dilantik sebagai panglima perang sebelum zaman pemerintahan Saidina Umar Al Khattab . kepercayaan umat Islam terhadap beliau waktu itu amat tinggi dek ketangkasannya dalam peperangan . terdapat satu peristiwa yang menunjukkan sifat sebenar Saidina Khalid bin Al Walid .

Tatkala itu beliau serta para pejuang Islam bawahannya sedang menyertai satu peperangan di mana peperangan tersebut bertujuan hendak merampas Baitulmaqdiss dari tangan penjajah Rome , Parsi . Waktu itu , pejuang Islam telah hampir berjaya untuk menawan Baitulmaqdiss . Sedang sengit dalam pertempuran , Khalid Al Walid mendapat utusan daripada pembesar Mekah . beliau bertindak untuk menyimpan dahulu surat tersebut dan pada waktu yang sesuai , baru menyebarkan kepada para pejuang yang lain . beliau tidak mahu fokus mereka terganggu .
Setelah waktu yang sesuai , Khalid Al Walid mengumumkan kadungan surat tersebut . surat itu mengandungi dua berita. satu berita sedih dan satu lagi tentang surat perletakkan jawatan .
" Ketua Khalifah yang berwibawa , pemimpin yang adil iaitu Saidina Abu Bakar As Siddiq telah pergi meninggalkan kita , beliau telah kembali ke Rahmatullah ."
semua pejuang tersedu - sedu , sebak . suasana tiba2 menjadi hening , seolah - olah memahami perasaan hati mereka .
" Jawatan beliau telah diganti dengan Saidina Umar Al Khattab . beliau adalah ketua baru kita . kemudian , jawatanku (Khalid Al Walid) telah dilucutkan dan diganti dengan Abu Ubaidah "
saat itu , semua bagai terkaku . terkejut dengan pengumuman yang kedua . Abu Ubaidah menjadi serba salah . 
" Khalid Al Walid , bagaimana aku boleh menjadi panglima dan berada di atas kau sedagkan kau masih hidup ? "
Khalid Al Walid menenangkan beliau . Beliau sedikit pon tidak terasa hati dengan tindakan Umar . 
"sesungguhnya aku berjuang kerana Allah , bukan kerana Umar "

terkedu aku dengan sikap beliau . tepatlah gelaran untuk beliau .

Wednesday, 22 October 2014

EXTRAORDINARY MUSLIMAH

Bersyukur tatkala digelar seorang muslimah walaupun akhlak tak sesempurna Saiditina Fatimah . Masih bergelar pelajar . Dalam usaha untuk merealisasikan impian mama <3 . semoga segala urusan dipermudahkan Allah . Ilmu Allah itu luas , so  let's share together .